Saturday, May 2, 2009

Sunday, 3 May 2009



Assalamualaikum..

First of all.. thanks to all ppl yg ucapkan takziah untuk Ain..

Really appreciate that guys..

Tanggal 22 Mei 2009, Jam 12.40 tgh hari..

Arwah mak yg sgt Ain sygngi telah pulang ke rahmatullah oleh kerana

berperang dengan penyakit yg Arwah hadapi iaitu Kanser Paru-paru..

Arwah menghidap penyakit ini semenjak 2007..

Dan telah mendapat rawatan Kimoterapi..Dan Arwah kembali pulih seperti biasa semasa 2008..

Namun pada 16 April 2009, Arwah masuk ke Hospital Sultanah Aminah, JB,

kerana Arwah mengadu Arwah sesak nafas dan semput..

Seluruh keluarga bergegas ke menghantar Arwah ke hospital..

Tetapi hanya Ain yang tiada di sisi semasa Arwah dimasukkan ke hospital..

Kerana Ain berada di hostel Poly JB ketika itu..

Namun Ain sempat menjaga Arwah semasa Sabtu dan Ahad ( 18 & 19 April )

Ain menjaga Arwah dari pagi sampai ke malam..

Tetapi pada ketika itu Arwah masih seperti biasa..

Dengan perwatakan nya ceria..

Setelah Doktor membuat scan dan x-ray..

Didapati Paru-paru Arwah Emak masih ada kesan2 kanser..

Dan telah merebak ke limpa dan hati..

Arwah tabah menghadapi Dugaan yang Allah telah berikan untuknya..

Dan pada hari Isnin 20 April.. Doktor membuat keputusan untuk,

menebuk belakang badan Arwah, untuk mengeluarkan air..

Yang konon nya terdapat air pada paru-paru Arwah Emak Ain..

Setelah tebuk..Arwah terus menjadi semakin lemah dan..seterusnya koma..

Ayah katakan mungkin kesan tebukan itu telah masuk angin luar..

Dan sejak detik itu Arwah hanya bernafas menggunakan life support ( Alat pernafasan )

Dan Emak susah untuk bernafas dan Arwah Emak mmg ada menghidap semput sejak dr kecil..

Pada hari Isnin malam..20 April..

Kakak menelefon Ain pd jam 12.30malam..

Ketika itu Ain berada di Hostel Poly JB..

Kakak memberitahu Arwah Mak dalam keadaan kritikal dan keadaan koma & ICU..

Hanya Allah saja yang tahu perasaan dan keadaan Ain..

Warden Poly JB menghantar Ain ke Hospital Sultanah Aminah JB pada malam itu juga..

Dan perjalanan Poly ke Hospital mengambil masa kurang dr 45 min..

Sampai sahaja di Hospital..Arwah mak mmg dalam keadaan teruk..

Dan langsung tidak menyedarkan diri dan mata nya telah tutup..

Kami sekeluarga hanya mampu berdoa untuk panjang kan umur Arwah Emak..

Dan pada hari Rabu 22 April..Arwah Mak pergi meninggalkan kami sekeluarga..

Meninggalkan Ayah, Abg, Kakak dan diri Ain..

Ain dan kakak memandikan jenazah Arwah Emak di Hospital..dan di kafankan..

Dan seterusnya dibawa eskot oleh Polis..untuk ke Masjid Polis Depoh,

untuk disembahyangkan jenazah..

Dan selepas Asar dalam jam 4+ PM, Arwah Mak dikebumikan di

Tanah Perkuburan Bukit Alif area2 Tampoi..


Peristiwa 22 April 2009, cukup membuatkan kami sekelurga sedar akan kebesaran Allah Taala..

Sesungguhnya kami merelakan kepergian Emak tersyg..

dr Arwah terus terseksa dengan penyakit Kanser Paru-paru..

Kami redha..Kami tabah menghadapi dugaan dr Nya..

Namun, dengan hanya umur Ain baru mencecah 19tahun pada 25 Mac yg lepas..

Pada ketika dan saat ini Ain telah kehilangan Arwah Mak yg disygni..

Walau ape pon terjadi Ain kene teruskan hidup ini..

Bagi rakan-rakan yg masih mempunyai Emak..

Berbahgia lah kamu semua bersama Emak tersyg..

Jangan sesekali membuat Emak terluka..



Semoga Arwah Emak ku..

MASITAH BTE HASHIM..

Ditempatkan bersama-sama org yg beriman..

Dan rohnya dicucuri rahmat..

Dalam kenangan..

8 Nov 1957 - 22 April 2009..


AL-FATIHAH......


No comments: